Monday, November 15, 2010

pening kepala

lately asyik pening kepala..saya ada petua cmna nk hilangkan...

Wednesday, September 22, 2010

Bersihkan Sawang..

Byknya sawang kt blog nih..last update april.tgk org lain berblogging cm best jek..semua pn perlukan komitmen.skang ni pn sbuk xhingat.maklumlah before raya semua keja tolak tepi..mood raya la katakan..
habis raya..aduhai..nk tenggelam meja ku.Untuk hari nih sila tgk link dia atas..doa utk anak2..moga anak2 ku membesar menjadi insan yang soleh dan solehah..insyaallah..k lah..smbung keja balik..wayang sngguh...

Thursday, April 22, 2010

Dugaan 2

sambung kisah semalam.....
alhamdullillah anak2 dh semakin sembuh dr demam..cuma sufi batuk sket2
fiqah dh boleh tertawa...eekekeekek.....tomei2..
hari ni la bermula episode xbest..bila aku plak yg start demam..
aduhla..berat kepala..sakit badan..nk buat apa pn xlalu..
mkn je yg lalu..susah nk hilang selera mkn walaupn sakit...
husband yg xlarat la pegi carikan kfc...mkn ala kadar jek...
sbb takak pahit..telan2 je kasi kenyang...tq ayah sbb memahami....
mlmnya pegi klinik DAMAI kt sek 7..sbb xtahan sgt..lepas kena ubat selsema
baru lega sket...

isnin pegi keja cm biasa..tp lemah,longlai,layu....kalo xsakit pn
elok sket dr ni je la...pegi klinik proton ..dpt mc..
tp xlrat nk balik..tido je kt surau..rehat smpai balik..
esoknya gusi plak bengkak..smpai senget pipi..dugaan2...amik MC...
MC lg....
Rabu baru start keja btul2...

Wednesday, April 21, 2010

Dugaan....

dh lebih 2 mnggu xupdate blog nih..mnggu ni rasa lemah,layu n xbersemangat.
last week satu family dilanda demam panas..husband demam n silap urat.mngkin terlebih perform waktu main badminton..harap2 bleh jd pemain badminton selangor.kisahnya bermula dgn si lincah sufi...khamis lepas start demam.smpai xleh bgn..terdampar je..mata pn xlarat celik..bawa gi klinik check temperature dh dekat 40 degree.trus masuk ubat peluru.2 jam pastu baru suhu badan turun..apa lg start la melompat balik..tgk cartoon la..kemas rumah (gaya sufi)..lewat mlm badan syafiqah plak panas..si montel syafiqah..cian cngguh...smpai merah2 mata dia punya panas.apa lg jumaat amik emergency leave..jaga anak2 kt umah..

16/4/2010 - masih di rumah take care of my son and daughter..demamnya xkebah2...mkn ubat ok..ubat habis..demamnya datang balik..so terpaksa cancel jemputan mkn2 dgn collegues..ingat nk bawa satu family mkn2 kt sheraton...tp nk buat cmna..semua pn xsihat..xseronok juga..sayang anak2 mak..cepat smbuh la..mlmnya cm biasa...ayah pegi main badminton dgn rakan2..

17/4/2010 - weekend adalah hari yg plg sbuk..kemas umah.basuh baju..lipat baju..semua pn nk buat time nih..buat sarapan nasi goreng..kejut ayah sarapan...tiba2 pelik kenapa ayah jln takleh tegak...membongkok..rupa2nya..dh tersilap urat daaa.lg sorang menyusul demam..anak2 dh sihat..ayah pulak smbung..mnggkin ni dugaan dr allah..dh lama sihat..sekali sekala kena juga la sakit..baru la kita hargai masa sihat kita dgn sebaiknya...penatla menulis..nnti smbung

Monday, April 12, 2010

Thursday, April 8, 2010

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Zero Defect Campaign....

Baru balik dari kempen zero defect............................blank.xtau nk tulis apa sbb masing2 ada persepsi sendiri ttg apa itu quality..

Tuesday, April 6, 2010

Pg yg Cerah.....Mulakan pg anda dgn kebaikan...

Erm...Entry hari ni,nk cerita petua murah rezeki..mmg senang untuk mencoret dekat blog ni..tp utk mengamalkan mmg susah..tp dimana ada kemahuan disitu ada jln.jom sama2 tgk..semoga dpt amalkan bersama..mari kita renungkan sejenak:-------------------->
http://sillaturahim.wordpress.com/2008/03/21/20-petua-murah-rezeki/

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah . Baginda s.a.w. bersabda
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,
hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-
Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-
amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.


ZIKIR AMALAN....
1. istifar 70 x lepas subuh

2. auzubillah 21 x lepas solat

3. bismillah 42 x lepas solat

4. selawat 100 x lepas solah

5. ayat 1000 dinar bila2 masa ada kelapangan







































































Tuesday, March 30, 2010

Muhasabah Diri di hari selasa

Beritahu pada muslimah itu


dirinya ibarat kaca;

disentuh terguris,

dihantuk serpih,

dihempap berkecai.





Beritahu muslimah itu

jaga tutur kata;

cakap tinggi nanti dibenci,

terlalu rendah dipijak pula,

cakap sombong mengundang lawan,

hati2 meluah kata,

kerana pulut santan binasa,

kerana mulut badan binasa.





Beritahu pada muslimah itu

jaga tingkah laku;

harga diri letaknya di situ,

jangan meluru ikut telunjuk nafsu,

sesekali tersilap langkah,

akan dihukum selamanya,

keturunan dicerca payah,

menyesal kemudian bukan faedah.





Beritahu pada muslimah itu

jaga pakaian;

ia cermin peribadi,

juga lambang bangsa,

di mana dan dalam keadaan macam manapun,

biar orang kenal...

Dia orang ISLAM





Beritahu pada muslimah itu

simpan secebis malu;

kerana malu itu sebahagian daripada iman..

Wednesday, February 17, 2010

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara

Rebutlah 5 masa sebelum datangnya 5 masa yang lebih mencabar.Masa mudamu sebelum datang masa tua.Masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit.Masa senangmu sebelum datangnya masa susah.Masa hidupmu sebelum datang masa mati dan masa lapangmu sebelum satang masa sibukmu.......

Tuesday, February 9, 2010

Syukur dgn apa yg ada......

"Syukur pada yg esa,rahmat pemberiannya,persaudaraan,keharmonian...."alhamdullillah..teringat nasyid nih..
aku jd insaf sebentar....sesungguhnya manusia tak pernah rasa cukup dgn apa yg ada...muhasabah diri sekejap..